ramadan yang berkat berlalu pergi..
syawal yang mulia berkunjung tiba...
di bulan mulia ini....
ku harapkan kemaafan yang dipinta...
diterima dengan seikhlas hati...
namun di pagi raya...
kuharapkan dapat berbahagia bersama ahli keluarga yang dicintai...
tetapi hanya angan-angan yang dusta...
angan-angan ku hanya ilusi yang tak mungkin jadi realiti..
kerana disebaliknya ada cereka..
cereka yang hanya dapat dirungkai melalui hati...
dan bukan dengan kata-kata...
tidak semua dapat memahami...
kerana tidak semua bersifat terbuka...
jangan membuka pekung didada...
itulah pesanan nenek moyang yang sering kudengari...
namun jiwa ku sering meronta...
dengarlah rintihan hati ini...
namun pesanan nenek moyang ku pegang jua...
cereka sebenar ku simpan di hati..
di pagi hari raya...
jiwaku merintih sendiri....